Tuesday 13 March 2012

Serve Borang 1 dan 2 & Afidavit Penyampaian

Hai.. Bertemu lagi kita.. Lepas buat entry n tutup laptop semalam baru teringat. Proses berkenaan borang 1 dan 2 ni sebenarnya belum selesai. Korang kena serve pulak borang ni. So, entry kali ni adalah untuk ajar korang macam mana nak serve & selepas serve kat semua tempat, prepare Afidavit Penyampaian.

Mula-mula, pastikan korang dah photostat 4 copy of the whole set. Korang pegang yang original. Pastikan yang original tu tak hilang dan sentiasa dalam simpanan korang sehinggalah tamat chambering nanti. 

Korang hendaklah serve kat tempat-tempat yang disenaraikan dibawah, tak kisah turutan mana dulu. Tapi masa serve tu, pastikan korang suruh orang yang menerima tu cop penerimaan di belakang copy original korang. Maksudnya, bagi orang kaunter tu satu original dengan satu photostat copy. Yang photostat dia akan ambil dan original tu dia akan cop di bahagian belakang dan pulangkan kat korang. Simpan~! Itu bukti yang korang dah serve borang tersebut. So tempat-tempatnya adalah seperti berikut:


  • Bar Council Malaysia (Tingkat Bawah)
    No. 13,15 & 17, Leboh Pasar Besar
    50050 Kuala Lumpur.
  • Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur (Ikut negeri masing-masing laa)
    Tingkat 8, Wisma Kraftangan,
    Jalan Tun Perak
    50050 Kuala Lumpur.
  • Jabatan Peguam Negara (ada 2 AGC kat Putrajaya, make sure yang Parcel C, bukan yang lagi satu)
    Blok C3, Parcel C, 
    Kompleks Jabatan Kerajaan, 
    62510 Putrajaya.
So, lepas anda serve semua borang-borang tersebut di tempat yang telah disenaraikan di atas, prepare sebiji Afidavit Penyampaian seperti yang berikut:-



Selepas korang dah prepare Afidavit Penyampaian seperti di atas. Korang boleh proceed untuk filekan di Mahkamah melalui E-Filing seperti dalam post sebelum ni. Lagi senang kalau firm korang ada application untuk e-filing. 

Lepas ni.. Kita teruskan untuk process Borang 3, 4 dan 5 k.. Yang penting BELAJAR during your chambering period~!!

11 comments:

  1. hi.
    nak tanye, brape byrn untk filing affidavit penyampaian kat court? is it the same payment as i have to pay mase buat e-filing utk borang 1&2?

    ReplyDelete
  2. salam
    afidavit penyampaian ni boleh filing dkt High Court negeri masing2 ke?

    ReplyDelete
  3. SALAM..
    saya nak tanya... boleh ke kita serve kepada 3 tempat yang di atas pada hari lain.. cth: hari esoknya selepas kita filekn borang 1 & 2?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...nak tnya, camna nk buat notis berhenti chambering

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. boleh x kalau kita file kan affidavit penyampaian utk borang 1, 2 & borang 3,4,5 dalam satu affidavit?

    ReplyDelete
  8. salam...camne prosedur nak buat efiling kat legal firm?

    ReplyDelete
  9. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Borgata 광주광역 출장안마 Hotel Casino 청주 출장샵 & Spa is a favorite among locals 보령 출장마사지 in Atlantic 원주 출장샵 City. The casino is located at Renaissance Pointe and is 성남 출장샵 within a 5-minute drive of Harrah's

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. awak tahu tak afidavit untuk pengecualian hadir ke tribunal?

      Delete